13 August, 2011

Tutorial Buat Scroll Box Untuk Blog Archive

Blog archive untuk sesebuah blog boleh menjadi list yang begitu panjang apabila banyak entri yang di post atau jika sudah lama terlibat dengan dunia blogging.

Tutorial kali ini kan menunjukkan bagaimana untuk jadikan blog archive anda boleh scroll untuk menampakkannya lebih ringkas menyenangkan mata memandang.:)



Tutorial untuk buat scroll bagi blog archive adalah seperti berikut.



1. Dari dashboard > design > edit html > Expand widget templates.
(backup template untuk langkah berjaga²)

2. Menggunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod <div id='ArchiveList'>

3. Anda akan jumpa kod ini <div class='widget-content'> sebelum kod <div id='ArchiveList'>

4. Gantikan kod <div class='widget-content'> yang anda jumpa di langkah 3 dengan kod berikut.


<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>


Note: Anda boleh tukar 200px dengan ketinggian yang anda mahukan.

Contoh:

Sebelum.


Selepas


4. Save dan lihat hasilnya.:)

-------------


Untuk scroll box widget lain yang menggunakan html code, boleh rujuk tutorial scroll box untuk widget


Suka tutorial ini.?

15 March, 2011

Fungsi baru dalam akaun blogger

Seperti yang dinyatakan dalam artikel sebelum ini, blog ini akan memuatkan tutorial tambahan dan perkembangan terbaru bagi memantapkan ahli HPA dalam kemahiran blogging. Tahun 2010 merupakan tahun yang memberangsangkan bagi Blogger.com dan pada tahun ini Blogger.com akan menambahkan lagi fungsi baru ke dalam akaun blogger anda. Lihat screenshot di bawah bagi melihat fungsi baru yang akan anda dapati nanti.






Inilah videonya:

13 March, 2011

Kursus blog 12 Mac 2011 berjalan dengan lancar

Peserta kursus blog bersama PJS Jamaluddin dan Syafrizal. (Gambar Ihsan PJE Hj. Mohammad)

Alhamdulillah kursus blog anjuran Unit IT KPA berjalan dengan lancar. Diharapkan ahli-ahli HPA dapat meneroka akaun blogger masing-masing supaya dapat memahami dengan lebih mendalam lagi. Kursus ini adalah sebagai panduan sahaja dan terpulang pada blogger HPA untuk memanfaatkannya. Ilmu yang sedikit amat berguna kalau kita praktikkan selalu.

Blog Unit IT KPA juga akan mengeluarkan siri tutorial seperti yang terdapat di dalam kursus blog yang lalu. Terdapat beberapa penambahan akan dilakukan ke dalam tutorial tersebut kerana banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memantapkan blog.

Modul yang dibentangkan adalah:

Modul 1: Pengenalan
1. Pengenalan Google
2. Pengenalan Blogger/Blogspot
3. Cara membuka akaun Google
4. Cara membuka akaun Blogger
5. Cara membuat blog baru

Modul 2: Pengubahsuaian
1. Bagaimana memulakan penulisan artikel
2. Bagaimana memasukkan gambar dan video
3. Bagaimana mengubah artikel
3. Bagaimana mengubah setting blog
4. Bagaimana mengubahsuai rekabentuk blog

Berikut merupakan blog yang berjaya dibuat ketika kursus:

  1. http://hpakerinchi.blogspot.com
  2. http://wandhalalshop.blogspot.com
  3. http://stokisradixampang.blogspot.com
  4. http://stokishpadesaminium.blogspot.com
  5. http://mohdansari5075.blogspot.com
  6. http://hpaazizah.blogspot.com
  7. http://yusmyli1.blogspot.com
  8. http://stokisbukitberuntung3.blogspot.com

16 February, 2011

Kursus Asas Blog

Unit IT dan Multimedia KPA akan mengadakan Kursus Asas Blog pada tarikh yang akan ditentukan. Berikut merupakan modul yang akan dibentangkan dan diajarkan pada para peserta bagaimana untuk membuat blog dan menggunakannya.



Modul 1: Pengenalan
1. Pengenalan Google
2. Pengenalan Blogger/Blogspot
3. Cara membuka akaun Google
4. Cara membuka akaun Blogger
5. Cara membuat blog baru

Modul 2:Pengubahsuaian
1. Bagaimana memulakan penulisan artikel
2. Bagaimana memasukkan gambar dan video
3. Bagaimana mengubah artikel
3. Bagaimana mengubah setting blog
4. Bagaimana mengubahsuai rekabentuk blog