15 March, 2011

Fungsi baru dalam akaun blogger

Seperti yang dinyatakan dalam artikel sebelum ini, blog ini akan memuatkan tutorial tambahan dan perkembangan terbaru bagi memantapkan ahli HPA dalam kemahiran blogging. Tahun 2010 merupakan tahun yang memberangsangkan bagi Blogger.com dan pada tahun ini Blogger.com akan menambahkan lagi fungsi baru ke dalam akaun blogger anda. Lihat screenshot di bawah bagi melihat fungsi baru yang akan anda dapati nanti.






Inilah videonya:

13 March, 2011

Kursus blog 12 Mac 2011 berjalan dengan lancar

Peserta kursus blog bersama PJS Jamaluddin dan Syafrizal. (Gambar Ihsan PJE Hj. Mohammad)

Alhamdulillah kursus blog anjuran Unit IT KPA berjalan dengan lancar. Diharapkan ahli-ahli HPA dapat meneroka akaun blogger masing-masing supaya dapat memahami dengan lebih mendalam lagi. Kursus ini adalah sebagai panduan sahaja dan terpulang pada blogger HPA untuk memanfaatkannya. Ilmu yang sedikit amat berguna kalau kita praktikkan selalu.

Blog Unit IT KPA juga akan mengeluarkan siri tutorial seperti yang terdapat di dalam kursus blog yang lalu. Terdapat beberapa penambahan akan dilakukan ke dalam tutorial tersebut kerana banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memantapkan blog.

Modul yang dibentangkan adalah:

Modul 1: Pengenalan
1. Pengenalan Google
2. Pengenalan Blogger/Blogspot
3. Cara membuka akaun Google
4. Cara membuka akaun Blogger
5. Cara membuat blog baru

Modul 2: Pengubahsuaian
1. Bagaimana memulakan penulisan artikel
2. Bagaimana memasukkan gambar dan video
3. Bagaimana mengubah artikel
3. Bagaimana mengubah setting blog
4. Bagaimana mengubahsuai rekabentuk blog

Berikut merupakan blog yang berjaya dibuat ketika kursus:

  1. http://hpakerinchi.blogspot.com
  2. http://wandhalalshop.blogspot.com
  3. http://stokisradixampang.blogspot.com
  4. http://stokishpadesaminium.blogspot.com
  5. http://mohdansari5075.blogspot.com
  6. http://hpaazizah.blogspot.com
  7. http://yusmyli1.blogspot.com
  8. http://stokisbukitberuntung3.blogspot.com