13 August, 2011

Tutorial Buat Scroll Box Untuk Blog Archive

Blog archive untuk sesebuah blog boleh menjadi list yang begitu panjang apabila banyak entri yang di post atau jika sudah lama terlibat dengan dunia blogging.

Tutorial kali ini kan menunjukkan bagaimana untuk jadikan blog archive anda boleh scroll untuk menampakkannya lebih ringkas menyenangkan mata memandang.:)



Tutorial untuk buat scroll bagi blog archive adalah seperti berikut.



1. Dari dashboard > design > edit html > Expand widget templates.
(backup template untuk langkah berjaga²)

2. Menggunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod <div id='ArchiveList'>

3. Anda akan jumpa kod ini <div class='widget-content'> sebelum kod <div id='ArchiveList'>

4. Gantikan kod <div class='widget-content'> yang anda jumpa di langkah 3 dengan kod berikut.


<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>


Note: Anda boleh tukar 200px dengan ketinggian yang anda mahukan.

Contoh:

Sebelum.


Selepas


4. Save dan lihat hasilnya.:)

-------------


Untuk scroll box widget lain yang menggunakan html code, boleh rujuk tutorial scroll box untuk widget


Suka tutorial ini.?

15 March, 2011

Fungsi baru dalam akaun blogger

Seperti yang dinyatakan dalam artikel sebelum ini, blog ini akan memuatkan tutorial tambahan dan perkembangan terbaru bagi memantapkan ahli HPA dalam kemahiran blogging. Tahun 2010 merupakan tahun yang memberangsangkan bagi Blogger.com dan pada tahun ini Blogger.com akan menambahkan lagi fungsi baru ke dalam akaun blogger anda. Lihat screenshot di bawah bagi melihat fungsi baru yang akan anda dapati nanti.






Inilah videonya:

13 March, 2011

Kursus blog 12 Mac 2011 berjalan dengan lancar

Peserta kursus blog bersama PJS Jamaluddin dan Syafrizal. (Gambar Ihsan PJE Hj. Mohammad)

Alhamdulillah kursus blog anjuran Unit IT KPA berjalan dengan lancar. Diharapkan ahli-ahli HPA dapat meneroka akaun blogger masing-masing supaya dapat memahami dengan lebih mendalam lagi. Kursus ini adalah sebagai panduan sahaja dan terpulang pada blogger HPA untuk memanfaatkannya. Ilmu yang sedikit amat berguna kalau kita praktikkan selalu.

Blog Unit IT KPA juga akan mengeluarkan siri tutorial seperti yang terdapat di dalam kursus blog yang lalu. Terdapat beberapa penambahan akan dilakukan ke dalam tutorial tersebut kerana banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memantapkan blog.

Modul yang dibentangkan adalah:

Modul 1: Pengenalan
1. Pengenalan Google
2. Pengenalan Blogger/Blogspot
3. Cara membuka akaun Google
4. Cara membuka akaun Blogger
5. Cara membuat blog baru

Modul 2: Pengubahsuaian
1. Bagaimana memulakan penulisan artikel
2. Bagaimana memasukkan gambar dan video
3. Bagaimana mengubah artikel
3. Bagaimana mengubah setting blog
4. Bagaimana mengubahsuai rekabentuk blog

Berikut merupakan blog yang berjaya dibuat ketika kursus:

  1. http://hpakerinchi.blogspot.com
  2. http://wandhalalshop.blogspot.com
  3. http://stokisradixampang.blogspot.com
  4. http://stokishpadesaminium.blogspot.com
  5. http://mohdansari5075.blogspot.com
  6. http://hpaazizah.blogspot.com
  7. http://yusmyli1.blogspot.com
  8. http://stokisbukitberuntung3.blogspot.com

16 February, 2011

Kursus Asas Blog

Unit IT dan Multimedia KPA akan mengadakan Kursus Asas Blog pada tarikh yang akan ditentukan. Berikut merupakan modul yang akan dibentangkan dan diajarkan pada para peserta bagaimana untuk membuat blog dan menggunakannya.



Modul 1: Pengenalan
1. Pengenalan Google
2. Pengenalan Blogger/Blogspot
3. Cara membuka akaun Google
4. Cara membuka akaun Blogger
5. Cara membuat blog baru

Modul 2:Pengubahsuaian
1. Bagaimana memulakan penulisan artikel
2. Bagaimana memasukkan gambar dan video
3. Bagaimana mengubah artikel
3. Bagaimana mengubah setting blog
4. Bagaimana mengubahsuai rekabentuk blog

28 November, 2010

TENTATIF BENGKEL IT

Tentatif Program Bengkel IT KPA
Tempat : Menara HPAic Shah Alam.
Tarikh: 30 NOV 2010
---------------------------------------------------------

8.00 pagi :          Pendaftaran
9.00 pagi:           Ucapan pembukaan oleh Pengerusi Majlis
9.10 pagi :          Ucapan dari Pengarah Program
9.15 pagi :          Ucapan Aluan dari Presiden KPA
9.30 pagi :          Ucapan Perasmian oleh Pengurus Besar AWM
10.15 pagi:         Rehat – Jamuan ringan
10.30 pagi :        Memperkenalkan produk ICT yang ditawarkan KOWAHIDA oleh En Naim Pegawai Pemasaran KOWAHIDA.
11.00 pagi :        Bengkel bermula (Belajar menggunakan akaun Email, Facebook dan belajar membina blog sendiri)
1.00 tengahari :  Makan tengahari & Solat Zohor
                             BERSURAI


Peserta terdiri dari PJS, Pelapis PJS dan Jawatankuasa Komuniti Cawangan HPA di Zon Tengah.
Semua peserta digalakkan membawa laptop sendiri. Kemudahan jalur lebar wifi disediakan di Menara HPAic.

Pengarah Program: Pjs Jamaluddin Yeop Majlis Ketua Unit IT KPA.

27 November, 2010

Bengkel IT Bersama GM Al-Wahida Marketing


Pada 30hb November akan diadakan Bengkel IT bersama GM Al-Wahida Marketing En. Mohammad Faisol Bin Abdul Rahman anjuran KPA di Dewan Seminar HPA International Center bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 1 tengah hari. Semua PJS KPA, Pelapis PJS KPA dan AJK Komuniti KPA diminta hadir.

Selain daripada itu juga, Koperasi Wahida HPA Berhad atau KOWAHIDA akan memperkenalkan produk-produk ICT yang boleh dimiliki melalui urusniaga Murabahah dengan pihak KOWAHIDA. Pihak KOWAHIDA juga akan membuka kaunter saham untuk anggota KOWAHIDA membuat penebusan saham atau membuat pendaftaran ahli bagi ahli HPA yang berminat menyertai KOWAHIDA.

Diharap Bengkel IT ini dapat mempersiapkan PJS KPA, Pelapis PJS KPA dan AJK Komuniti KPA dengan kemahiran IT yang meliputi pelbagai topik seperti penggunaan email, laman web sosial, membuka blog dan menyebarkan maklumat dengan lebih pantas, jimat dan berkesan.