27 November, 2010

Bengkel IT Bersama GM Al-Wahida Marketing


Pada 30hb November akan diadakan Bengkel IT bersama GM Al-Wahida Marketing En. Mohammad Faisol Bin Abdul Rahman anjuran KPA di Dewan Seminar HPA International Center bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 1 tengah hari. Semua PJS KPA, Pelapis PJS KPA dan AJK Komuniti KPA diminta hadir.

Selain daripada itu juga, Koperasi Wahida HPA Berhad atau KOWAHIDA akan memperkenalkan produk-produk ICT yang boleh dimiliki melalui urusniaga Murabahah dengan pihak KOWAHIDA. Pihak KOWAHIDA juga akan membuka kaunter saham untuk anggota KOWAHIDA membuat penebusan saham atau membuat pendaftaran ahli bagi ahli HPA yang berminat menyertai KOWAHIDA.

Diharap Bengkel IT ini dapat mempersiapkan PJS KPA, Pelapis PJS KPA dan AJK Komuniti KPA dengan kemahiran IT yang meliputi pelbagai topik seperti penggunaan email, laman web sosial, membuka blog dan menyebarkan maklumat dengan lebih pantas, jimat dan berkesan.

No comments:

Post a Comment