Mengenai KPA

Kelab Pemimpin Al Wahida (Ringkasnya KPA)ini ditubuhkan sebagai sebuah kelab yang dilantik oleh pihak Ibu Pejabat HPA untuk menyelaraskan segala aktiviti yang dilakukan di dalam ZON TENGAH dari Utara Perak sehinggalah ke Selangor agar berbetulan dengan kehendak HPA.

Kelab ini dipimpin oleh PJS Hafidzan Faudzi sebagai Presidennya dan dibantu oleh beberapa pemimpin lain.
Dengan adanya kelab ini, banyak aktiviti-aktiviti yang boleh membantu melonjakkan jualan syarikat telah dijalankan termasuk jadual kelas mingguan yang lebih tersusun, kursus-kursus pemantapan seperti GEN2 dan PBC.
Kerjasama yang erat dan kesefahaman yang jitu dari semua pihak samada daripada pihak pengurusan zon, cawangan dan pemimpin-pemimpin agar mengutamakan matlamat syarikat daripada kepentingan peribadi adalah sangat2 di harapkan demi untuk memastikan misi dan visi HPA untuk memasarkan produk suci lagi halal akan tercapai.
KESATUAN HATI dan FIKRAH akan menghasilkan KEJAYAAN UMMAH dalam memartabatkan PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA.